Kira-kira jam 3.30 petang telah berlaku kemalangan berhampiran susur keluar tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka, di mana dua orang penunggang dan pembonceng motosikal yang merupakan adik dan abang telah terlanggar sebuah kereta rosak.

Kemalangan menyebabkan kedua-dua mereka mengalami cedera parah dan memerlukan rawatan secepat mungkin.
Namun, kerana dek sifat tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sesetengah pemandu kenderaan yang menggunakan lorong kecemasan menyebabkan pihak ambulan telah tiba begitu lewat sehingga 3 jam.

Dikhabarkan kedua adik beradik yang terlewat menerima rawatan sepatutnya angkara pemandu-pemandu yang tidak bertanggungjawab ini telah meninggal dunia di Hospital Seremban semalam.

Berikut pula adalah video yang dimuatnaik oleh Puvan Barthiban yang merupakan petugas perubatan, video berkenaan menunjukkan ambulan menghadapi masalah untuk menggunakan lorong kecemasan untuk menyelamatkan kedua adik beradik ini.