Dalam AI-Quran dinyatakan dengan jelas tentang adanya musuh manusia yang sentiasa menanti-nanti, menunggu mencari peluang untuk menyesatkan manusia, iaitu iblis, syaitan dan kuncu-kuncunya. Pada artikel kali ini, kami ingin berkongsi tentang tanda-tanda gangguan makhluk halus, dan beberapa tempat rawatan Darussyifa’ yang berdekatan dengan anda . Semoga ianya bermanfaat kepada anda semua.

Sebahagian daripada tanda-tanda gangguan makhluk halus ialah:

Dalam Keadaan Jaga

. Malas beribadat.
. Kuat berangan.
. Panas baran.
. Sikap berubah secara mendadak.
. Mengantuk bila dengar al-quran.
. Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
. Suka melakukan tabiat buruk.
. Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
. Kerap keguguran.
. Gagal melakukan hubungan kelamin.
. Darah haid turun lebih 15 hari.
. Batuk yang berpanjangan.
. Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
. Nafsu seksual yang melampau.
. Selalu ternampak makhluk halus ataupun lintasannya dirumah.
. Selalu berasa seperti diperhatikan oleh sesuatu.
. Selalu terdengar bisikan, suara atau hela nafas.
. Ada terasa benda bergerak di bawah kulit atau dalam badan.
. Ada penyakit yang tak ada penjelasan mengikut penelitian doktor.
. Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
. Badan terasa bisa-bisa.
. Badan terasa berat dan malas.
. Selalu sesak nafas.
. Selalu cepat marah.
. Sukar mendapat jodoh.
. Berasa marah atau benci kepada seseorang tetapi tak pasti atas sebab apa, hanya berasa marah sahaja akan dia.
. Ada kesan-kesan cakar atau lebam pada tubuh.
. Sakit ketika ziarah orang meninggal.
. Sakit pinggang tanpa sebab.
. Sakit dada bila waktu asar keatas.
. Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
. Selalu berasa ketakutan.
. Bunyi guli jatuh diatas syiling.
. Bayi kerap menangis.
. Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
. Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
. Melihat jin secara terus.

Ketika Sedang Tidur

. Kerap terjaga.
. Selalu susah hendak tidur malam.
. Bercakap atau berjalan dalam tidur.
. Selalu ditindih ketika tidur.
. Mimpi melihat binatang-binatang buas dan berbisa seperti ular dan sebagainya.
. Bermimpi kanak-kanak atau bayi atau menyusukan bayi.
. Selalu mimpi bersetubuh dengan seseorang.
. Bermimpi lemas atau banjir.
. Bermimpi di tempat tinggi.
. Bermimpi di tempat yang kotor.
. Bermimpi seram yang menakutkan.

Video dibawah ialah cara-cara untuk menghindari makhluk halus atau jin oleh ustaz azhar idrus

Klik DISINI untuk menghubungi perubatan darussyifa berdekatan dengan anda. Semoga artikel kali ini bermanfaat kepada anda.