Cerita dibawah adalah rekaan semata-mata tidak berkait antara hidup dan mati.. Sekadar menghiburkan hati… 🙂 Enjoy!

1) Lawak Gula

Budak  : Auntie! Ada gula tak?

Auntie : Ada, dekat sana tu. (sambil menunjuk tempat).

Budak  : Tak ada pun, garam ada lah.

Auntie : Ada lah. Ni dia. (sambil mengambil bungkusan dari rak yang bertulis                    “Garam”).

Budak  : Auntie! Saya nak gula bukan garam!

Auntie : Gula lah ni. Auntie saja je tulis “Garam” supaya semut tak datang..

 

2) Iklan Kerja

Di sebuah surat khabar terdapat iklan kerja kosong yang tertulis seperti berikut :

Peluang Pekerjaan..
– Anda lulusan Universiti / Kolej?
– Anda punya Kemahiran?
– Pernah mengikuti kursus komputer?
– Mahir berbahasa Ingeris?
– Tapi Masih menggangur?

CARI LA KERJA!!!  KESIAN…

 

3) Pelajar Paling Malas.

Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya yang paling malas.

Cikgu : “Lukisan apa yang kau buat nie Abu, kosong je?”
Murid : “Kuda makan rumput, cikgu!”

Cikgu : “Rumputnya mana?”
Murid : “Sudah habis dimakan kuda, cikgu,”

Cikgu : “Habis tu, kudanya mana?”
Murid : “Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih di situ?”

 

4) Panadol

Bidin melihat rakannya, Wafdi.. sedang membuat kopi… kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Bidin bertanya kepada Wafdi…

Bidin : ” Kenapa masukkan panadol dalam kopi tu?”.

Wafdi : ” Kopi ni panas.. bagi panadol.. kurang sikit panas dia..”.

 

5) Ciri-ciri Calon Isteri Idaman

Kriteria isteri idaman adalah:
1. Seorang isteri yang cantik, pandai bersolek, memasak dan mengurus rumah adalah hal yang penting.

2. Seorang isteri yang periang, bertenaga, dapat membuat kita tertawa dan menghibur dikala duka juga penting.

3. Seorang isteri yang memahami, soleh, jujur, taat beribadah dan dapat dipercaya sangat penting.

4. Seorang isteri yang dapat memahami dan memuaskan anda secara lahir batin dan di tempat tidur juga sangatlah penting.

5. Tapi yang paling penting adalah ke empat-empat isteri tersebut di atas tidak saling mengenal satu sama lain…

 

6) Wad Sakit Jiwa

Sorang nurse di hospital sakit jiwa nampak sorang pesakit sedang tulis surat…

Nurse : Ko tulis surat kat sapa?

Gila : Aku tulis surat untuk diri aku sendiri”

Nurse : Jadi.. apa yang ko tulis?

Gila : Mana aku tau? Esok pagi bila posmen hantar, baru la aku boleh baca.

 

7) Kena Tendang Sebab Pakai Tudung

“Sejak saya bertudung, ayah saya kerap menampar saya… mak saya asyik menangis… saudara mara saya menjauhkan diri dari saya…rakan2 saya asyik persendakan saya…

salah ke apa yang saya buat? Salah ke saya berubah…?”

Luahan beliau telah menyebabkan beliau menerima satu tendangan tepat kat mukanya daripada rakannya dan berkata:

“Kau tu jantan la bodoh!!!!!”

 

8) Lawak Budak Sekolah

Boboi: “Mama.. hari ini saya dapat markah 100% di Sekolah”

Mama: “Iya ke??.. macam ni lah anak Mama yang pintar.. Pelajaran apa yang kamu dapat markah 100%?”

Boboi: “Matematik 30%, Bahasa Melayu 50%, dan Sejarah 20%.”

 

9)  Siapa gila.. ?

Seorang penduduk yang dikatakan kurang waras, secara tergesa-gesa pergi ke surau pada pukul 10 pagi, lalu melaungkan azan.

Penduduk kampung mendengar azan di luar waktu mula rasa pelik lalu semuanya bergerak ke masjid untuk menyiasat. Selepas melihat orang gila itu azan, ketua kampung menjerit
“Hoi, sekarang pukul 10 pagi ni azan solat apa? Zohor pun belum masuk!”

Orang gila menjawab:
“Tadi azan yang betul pukul 6 pagi ada 5 orang je datang, ni azan yang salah sekampung pulak datang?”

Penduduk kampung terdiam….

 

 

Leave a reply

 

Your email address will not be published.