Zaman semakin pesat membangun, kecanggihan pula bergerak mengikut arus masa, manusia pula berlumba-lumba mengejarnya. Jika dahulu nya penulisan surat digunakan untuk menyampaikan pesanan, ucapan dan sebagainya. Dan posmen pula setiap hari sibuk dengan tugasnya. Sekarang, dunia sudah serba canggih, pesanan atau ucapan boleh dihantar dalam sekelip mata sahaja. Wujudnya laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain lagi, kita dapat berkomunikasi antara satu sama lain, tak kita jarak kita berada, samada dekat ataupun jauh. Ini ialah satu kelebihan buat kita, untuk berkongsi pendapat dan maklumat dengan sahabat-sahabat yang berada jauh dari kita. Akan tetapi, didalam kemajuan itu terdapat pelbagai keburukan. Seperti FITNAH di laman sosial. Tahukah anda akaun facebook yang anda guna sekarang ini boleh menjadi racun kepada anda?, pernahkah anda melihat atau membaca gambar dan status yang tidak senonoh di’post’ oleh wanita Islam?. ¬†Tujuan video ini dibuat ialah untuk pengajaran kepada kita semua. Jangan kita mudah kongsi sesuatu yang kita belum pasti sumbernya.

 

 

1 Comment

 

  1. Pingback : Apa Terjadi Pada Facebook Kita Selepas Kita Meninggal Dunia? #PERNAHKAH ANDA TERFIKIR? - MediaKreatif.my

Leave a reply

 

Your email address will not be published.