Sedih saya dengan sikap orang muda.

+ Malas ke surau masjid.

+ Malas belajar.

+ Malam2 suka lepak bazir masa.

+ Suka tengok TV dan drama yang tak ada faedah.

+ Tak sanggup kerja lebih masa untuk belajar.

+ Muda2 lagi sudah mahu banyak berehat.

+ Ada banyak peluang depan mata tapi malas berusaha.

+ Suka tidur berbanding belajar dan buat kerja.

+ Suka bangun lewat sampai pukul 10 – 11 pagi.

+ Suka tidur lewat malam. Pukul 2-3 pagi pun masih main game, media sosial dan lepak di kedai.

+ Malas baca buku.

+ Tiada usaha untuk majukan diri.

+ Hari cuti suka duduk saja di rumah tengok TV.

+ Sibuk mengorat dan bercouple.

+ Rempit dan bertaruh. Judi la tu.

+ Bazir duit merokok, vape bagai padahal tak ada faedah pun hisap benda tu.

+ Suka sangat share isu viral tanpa unsur periksa. Penyakit alaf baru. Mengumpat dan fitnah zaman moden.

+ Sibuk bazir duit pada gaya dan material. Tidak berusaha membeli aset.

+ Malas belajar ilmu pengurusan kewangan.

+ Suka menyalahkan orang atas kelemahan sendiri.

+ Sombong dan angkuh dengan kelulusan akademik.

+ Mahu kerja best2 dan nampak hebat sahaja.
.

Jika tidak mampu memberi manfaat kepada orang lain, sekurang-kurangnya jadilah manusia yang baik terhadap diri sendiri.

Jangan hidup untuk berehat, enjoy dan selesa. Hidup ini adalah perjuangan. Rehat kita ialah mati.
.
.

CC : Wan Muhd Ali