menu berbuka puasa sebulan

Ramadhan hampir tiba… Bagi ibu-ibu dan isteri-isteri, mula memikirkan resepi juadah sepanjang Ramadhan kan… Zaman GST, tak boleh lagi nak harapkan bazar sepanjang sebulan… Perlu turun ke dapur.. Sehari satu juadah pun dah cukup.. Kerana Ramadhan, mengajar kita tak membazir dan besederhana dalam menikmati makanan dan rezeki Allah… Di sini, MK nak kongsikan 20 resepi.. Setiap hari, boleh cuba satu resepi…

 

Ayam Panggang Bermadu

Bahan-bahan:

Cara memasak:

1kg kepak ayam

1 senduk besar minyak bijan

2 senduk besar madu (kalau u suka manis, tambahkan lagi )

sedikit serbuk lada sulah (sesuka hati, siapa yang suka pedas, tambahlah lagi)

sedikit garam secukup rasa

1.  Gaulkan ayam bersama madu, minyak bijan, serbuk lada sulah & garam hingga rata. Perapkan semalaman atau lebih dan selepas tu, boleh lah dipanggang ayam tu…..

 

Udang Masak Serai Wangi 

Bahan-bahan:

Cara memasak:

600 gm udang harimau – digoreng setengah masak

4 batang serai

100 gm cili kering

100 gm bawang merah

100 gm cili merah

70 gm bawang putih

70 gm halia muda

3 sudu besar pati asam jawa

30 gm belacan bakar

100 gm pati santan

Garam dan gula secukup rasa

1. Kisar halus serai, cili kering, bawang merah, cili merah, bawang putih dan halia muda.

2. Tumis hingga wangi dan masukkan air asam jawa dan sedikit santan cair.

3.   Masak atas api sederhana hingga kuah pekat

4.   Masukkan pati santan dan udang.

5.   Masak hingga naik bau.

 

Ikan Siakap Kukus 

Bahan-bahan:

Cara memasak:

1 ekor ikan siakap sederhana besar

3 sudu besar sos tiram

2 susu besar sos cili

2 susu besar sos tomato

1 sudu gula

4cm halia – dimayang

3 ulas bawang putih – dimayang

3 ulas bawang besar – dimayang

3 tangkai daun sup(saderi)

1/2 biji limau nipis

garam secukup rasa

1. Cuci ikan dan belah dua jangan sampai putus lumur garam dan gula (kurangkan jika tak suka manis).

2.  Masukkan ikan dalam pinggan bujur, tabur bahan yang dimayang tadi.

3.   Tuang ketiga-tiga sos tadi.

4.   Kukus selama 10minit (hingga masak). tabur hirisan daun sup tadi dan perah limau diatasnya.

 

Ikan Masak Berlada 

Bahan-bahan:

Cara memasak:

3 ~ 4 ekor ikan sembilang

10 biji cili merah – dikisar

2 batang serai – dititik

1 ulas bawang besar – dimayang kasar

2 ulas bawang putih – ditumbuk

1 inci halia – ditumbuk

air limau kasturi

sedikit garam dan gula secukup rasa

1. Ikan disiang, lumurkan dengan garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan.

2. Dengan menggunakan minyak yang sama tumiskan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk tadi. Bila dah berbau harum (garing) masukkan cili merah yang telah dikisar, garam dan gula, kacau dan biar sampai pecah minyak.

3. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul hingga sebati. Masukkan bawang besar yang dimayang kasar, kacau hingga agak layu.

4. Curahkan air perahan limau kasturi sebelum dihidangkan.

 

Ikan Kerapu Masak Asam Manis 

Bahan-bahan A:

Bahan-bahan B:

Cara memasak:

1 ekor ikan kerapu

120gram tepung jagung

1 biji telur ayam

Sedikit minyak

(untuk goreng)

Garam secukup rasa

5 ulas bawang merah – dikisar

5 ulas bawang putih – dikisar

3cm halia

1 batang serai – dititik

1 helai daun pandan

3 sudu cili sos

1 sudu cili giling

Sedikit kunyit hidup

3 sudu tomato sos

3 cawan air

Sedikit cuka masak

Garam secukup rasa

1.     Gaulkan bahan-bahan A dan goreng hingga rangup.

2. Untuk sosnya,panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun Pandan dan serai sehingga bau naik.

3.  Masukkan cili giling dan kunyit.kacau sehingga naik minyak.

4.  Masukkan air, tomato sos,cili sos dan bahan perasa.kacau sehingga mendidih. Tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng.

5. Gorengkan bahan-bahan taburan dengan sedikit minyak ke atas hidangan tadi.

Untuk hiasan: 

1.       Bawang besar, cili merah, gree pepper, nanas dan timun.

 

Ayam Masak Cendawan Ala Cina 

Bahan-bahan:

Cara memasak:

1/2 ekor ayam

8 keping Cendawan hitam – direndam 1/2 jam

1 inci halia – dihiris

1 biji bawang besar – dihiris

6 ulas bawang putih – dicincang

4 ~ 5 tangkai cili padi

Sedikit kicap lemak manis

Sedikit sos tiram

1.      Ayam dibasuh dan dipotong kecil2. Cendawan yang dah lembut ditoskan, buang tangkainya dan dipotong 4 (memanjang).

2.      Panaskan minyak dan tumis halia. Bila dah naik bau (halia dah kekuningan) angkat halia dan buang. Kalau tak buang pun tak apa.

3.      Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Tumis hingga naik bau baru masukkan ayam. Kacau sekejap.

4.      Masukkan kicap dan sos tiram. Kuantiti kicap terpulang. Tak payah letak garam sebab sos tiram dah memang masin. Kalau untuk yang kuat masin, bolehlah letak garam sedikit. Kacau.

5.      Selepas tu, masukkan air secukupnya (dalam 2 cawan biasa).

6.      Bila dah mendidih baru masukkan cendawan. Kecilkan api dan biarkan hingga kuahnya pekat. (biasanya dalam 10 hingga 15 minit).

 

Pajeri Nenas 

Bahan-bahan:

Cara memasak:

Rempah tumis (Kulit kayu manis,bunga lawang, pelaga)

Sedikit serbuk kunyit

4 biji bawang merah ]

2 biji bawang putih ] Dihiris memanjang

Biji sawi

gula sikit

garam secukup rasa

Lada merah/&hijau dibelah memanjang (jgn sampai putus)

Nenas dipotong bulat dan 4, rebuskan dan ditoskan air

1.      Tumiskan rempah tumis tadi masukkan bawang merah dan putih, bila naik bau masukle serbuk kunyit.

2.      Kemudian masuk nenas yg dah siap tos tu, gula sikit dan garam secukup rasa.

3.      lepas tu masukla pulak lada dan biji sawi (masa masuk lada nie tk usahle sampai lunyai pulak-golek-golekkan ajele kat dlm kuali tu sikit-sikit).

 

Mee Hailam 

Bahan-bahan:

Cara memasak:

1 kg mee/kueh teow/mee hoon (6/8 orang)

6 biji bawang putih (tumbuk/penyekkan)

rencah ayam/udang/sotong

sos tiram

garam secukup rasa

6 biji cili api

3 sudu besar tepung jagung (cairkan dalam setengah cawan air sejuk)

sayur (kobis bunga/sawi/carrot/baby corn)

1.   Tumiskan bawang putih dan cili api.

2.   Kalau dah garing letakan rencah, kemudian letak air 3 cawan dan garam secukupnya.

3.   Masukkan sos tiram setengah botol kecil.

4.   Kemudian masukkan air tepung jagung utk pekatkan kuah.

5.   Masukkan sayur2 an dan mee.

 

Ketam Bertelur 

Bahan-bahan:

Cara memasak:

2 ekor ketam yang agak besar dibuang kulit yang keras tu dan dibelah dua.

3 sudu sos tiram

3 sudu sos cili

3 sudu cili yang dah diblend

7 ulas bawang merah

1 ulas bawang putih yang agak besar

sepotong halia

sebiji telur

garam

sedikit gula

sedikit minyak untuk menumis

bawang besar

1.    Tumbuk cili, bawang putih, bawang merah dan halia tumiskan sehingga bangkit baunya

2.    Masukkan secawan air

3.    MAsukkan ketam, tutup kuali sehingga 10 minit

4.    Masukkan segala sos, gula dan garam secukup rasa

5.    Bila semua dah nampak macam sebati, masukkan telur yang dah dipukul,

6.    Kacau cepat-cepat supaya telur tak berketul.

 

Ayam Kepak Masak Minyak Bijan 

Bahan -bahan:

Cara memasak:

Beberapa ketul kepak ayam/drumstick ke apa2 lah

Sesame oil/Minyak bijan

Serbuk lada hitam

Fish sauce/Sos ikan

Bawang putih 5 ulas ( Potong nipis2)

Sos tiram

1.    Lumurkan ketul2 ayam tu dgn minyak bijan, sos tiram, sos ikan(jgn banyak sesangat – secukup rase). Campurkan bawang putih yg dihiris. Perapkan lbh kurang 1 jam.

2.    Sejam kemudian angkat, taburkan serbuk lada hitam (terpulang ikut kepedasan).

3.    Panaskan oven, Masukkan dalam oven lbh kurang 30 minit. Setiap 10 minit hendaklah tambah sos ikan terhadap ketul ayam tadi.

 

Nehari (Kari Kambing Kashmir) 

Bahan-bahan:

Cara memasak:

1 camca besar garam masala

4 ulas bawang putih dicincang halus

2 cm halia dicincang halus sedikit garam

2 camca kecil serbuk cili

1 camca besar serbuk ketumbar

1/2 camca kecil serbuk buah pala

1 camca besar serbuk jintan kasar

1 camca besar paparika

4 labu bawang besar dihiris nipis

1kg daging kambing didadu ( Bahagian kaki )

150ml Tairu

2 camca besar tomato puri

1/2 cawan kacang dhal direbus sampai lembut dan dimesin

1/2 cawan daun ketumbar dicincang halus

2 biji cili hijau dihiris

Minyak Vesawit untuk menggoreng

Air secukupnya

Garam secukup rasa

1.    Gaulkan daging kambing dengan sedikit garam dan garam masala dan goreng sebentar. Keluarkan dari periuk dan asingkan. Dalam periuk yang sama tumis bawang besar sampai kuning dan garing lalu di masukkan semula daging tadi.

2.    Masukkan semua bahan-bahan yang lain ke dalam daging kecuali dhal dan kacau rata dan dikecutkan selama 10 minit.

3.    Masukkan air dan Dhal didihkan sampai empuk. Tambahkan garam dan taburkan daun ketumbar dan cili hijau.

 

Ikan Tiga Rasa 

Bahan-bahan

Cara memasak:

1 ekor ikan siakap / kerapu

sedikit bawang putih (ditumbuk)

1 inci halia

2 biji tomato (agak masak)

6 biji cili merah

10 biji cili padi

2 sudu sos tiram

2 sudu sos cili

1 sudu sos tomato

sedikit gula, garam

bhn utk dikisar

1.       Goreng ikan (spt biasa) garing / separuh garing (terpulang). Toskan minyak.Ketepikan.

2.       Tumis bawang putih (naik bau) + bhn kisar

3.       Masukkan semua sos tadi, gula, garam dan sedikit air

4.       Tuang atas ikan

 

Ikan Pari Lemas!!!!

Bahan A:

Bahan B:

Bahan C:

1 bahagian ikan pari yang telah di potong (sederhana besar)

– di basuh bersih

– sediakan besen sebagai acuan untuk kertas timah yang boleh di muatkan dengan ikan pari tadi, kemudian lapik dengan kertas timah 3-4 helai, biar tebal sikit supaya tak koyak. Biarkan kertas timah tu besar macam nak balut hemper! supaya senang nak balut ikan pari tu.

– letak ikan pari ke atas acuan kertas timah. (biarkan dulu ikan tu releks)

5 biji bawang putih di hiris nipis dan dipotong memanjang (macam batang mancis)

2 biji bawang besar di belah dua dan di mayang halus

2 batang serai di mayang halus

1 helai daun limau purut di koyak empat

25 biji cili padi di mayang halus

halia sebesar ibu jari kaki di hiris nipis dan di potong memanjang

1biji cili besar (merah) di mayang dan dicincang halus

3 sudu besar minyak masak

2 sudu besar sos minyak ikan

sedikit ajinamoto

1/2 sudu kecil garam

1/4 sudu kecil gula

10 biji limau kasturi

Cara memasak:

Campurkan kesemua bahan B, dan gaul sehingga rata, kemudian masukkan kedalam bahan A. barulah bahan C di perah keatasnya, balut ikan pari tadi dengan rapi dan kemas. biarkan selama 15 minit untuk dia mesra dengan kesemua bahan-bahan tadi. lepas tu kukus/bakar selama 20 minit

 

Tandoori Kurau 

Bahan-bahan:

Cara:

3 keping ikan kurau

1 biji liamu purut

1 sudu besar halia (dicincang halus)

2 biji bawang putih (dicincang halus)

5 sudu besar yoghurt

1 sudu kecil serbuk cili 10 gm serbuk ketumbar

10 gm jintan halus

Setangkai daun ketumbar (dipotong halus)

Garam dan lada hitam secukup rasa

2 sudu besar minyak sapi

1.    Gaul bawang putih, halia, yoghurt, serbuk cili, rempah, garam dan lada hitam dalam sebuah mangkuk.

2.    Ikan kurau dibersihkan dan perap sekurang-kurangnya tiga jam.

3.    Setelah itu, sapu sedikit minyak sapi dan panggang selama 15 hingga 20 minit.

4.    Hidangkan bersama roti atau nasi.

 

Tom Yam

Bahan-bahan:

Cara memasak:

Ayam – 1/4 ekor (dipotong kecil)

Daging – 250 gm (dipotong kecil)

Udang – terpulang pada tukang masak

Bahan A –

Blenderkan Halia

3 inci Bawang merah

6 ulas Cili api

20 biji (seeloknya yg dah masak berwarna merah)

Bahan-bahan lain

Minyak masak – 1/5 cawan

Serai – 6 btg serai (diketuk) – lebih pun boleh

Lobak merah – 2 btg (dipotong)

Bunga kubis – 150 gram

Putik jagung – 2 bungkus

Tomato – 3 biji (potong 4)

Bawang besar – 3 biji (potong 4)

Daun limau purut – 3 atau 4 helai

Limau nipis – ambil airnya, dan ikut keperluan

Batang saleri – 2/3 btg dari sepokok (potong panjang 1/2 in) cili api – diketuk (jika rasa perlu untuk tambahkan kepedasan)

Sos ikan – dalam 1 atau 2 sudu

Air

Garam

Bahan perasa – jika berminat

1.    Panaskan minyak dalam periuk, dan tumiskan bahan2 yang dikisar (Bahan A).

2.    Masukkan juga serai yang telah diketuk. Tumis sehingga pecah minyak.

3.    Masukkan daging yang telah dipotong. Masak sehingga empuk. Dalam proses ini, sedikit air perlu !

4.    ditambah, hanya utk menyempokkan daging.

5.    Bila daging telah empok, masukkan ayam. Masak lagi sehingga ayam 3/4 masak. Tambahkan air hingga paras air tu… 1 1/2 kali ganda dari bahan2 yang ada didalam periuk tu.

6.    Masukkan udang jika berminat. Masak lagi hingga air mengelegak.

7.    Masukkan lobak merah, putik jagung dan bunga kobis. Masukkan juga daun limau purut. Cili api yg telah diketuk (pastikan dulu tahap kepedasannya – mungkin anda telah berpuas hati).

8.    Masukkan jua… tomato dan bawang besar, serta batang saleri. Sos ikan dan garam serta bahan perasa jika berminat. Pastikan mengelegak…. dan tutupkan api.

9.    Akhir sekali masukkan perahan air limau…. Seimbangkan rasa masin dan masam…..

 

Nasi Ayam Hakka

Bahan-bahan:

Cara memasak:

1 ekor ayam segar

Kicap cair (Cap Camel)

Minyak Bijian Bawang merah 1 biji

Bawang putih 3 biji

1 ketul kecil halia

Beras 2 tin susu

1 sudu besar garam

1 sudu kecil Ajinamoto

Sedikit lada putih

1.       Rebus ayam sehingga masak. Pastikan ia tidak direbus telalu lama. Kita boleh cucuk paha ayam dengan chopstick, jika ia telah masak, paha ayam dengan senang dapat ditembusi.

2.       Toskan ayam tersebut dan letak atas pinggan. Kita mesti menabur kicap cair diikuti dengan minyak bijian sewaktu ayam masih panas.

3.       Biar ayam sejuk sehingga kita nampak minyak dari ayam tekeluar barulah kita memotongnya. Ini untuk megelakkan daging ayam hancur sewaktu kita memotong ketika panas.

4.       Air rebus ayam digunakan dalam memasak nasi ayam. Pastikan kita tidak memasuk terlalu banyak air rebusan tadi.(Sukatan air selalunya 1 inci lebih dari paras beras)

5.       Tumiskan halia, bawang putih dan bawang merah (Jangan terlalu garing).

6.       Masukan tumisan tersebut ke dalam periuk nasi. Taruh garam, Ajinamoto dan lada putih.

7.       Biar nasi ayam masak dan sajikan selepas setengah jam.

 

Mee Rebus 

Bahan-bahan:

Cara memasak:

1 paket mee kuning – celur

Bahan sayuran:

50 sen Taugeh – celur

Sedikit daun sup – hiris nipis

Sedikit daun bawang – hiris nipis

Bawang goreng

4 keping tahu di goreng dan dihiris nipis.

5 biji Cili hijau – dihiris nipis

Limau nipis/limau kasturi – di belah dua

Telur rebus – belah dua

Bahan-bahan kuah:

Sedikit minyak untuk menumis

4 sudu cili kering yang di kisar

3 biji bawang merah – kisar

3 sudu lengkuas yang di kisar

4 batang serai dikisar halus

2 biji bawang putih – kisar

RM 3 udang kering – kisar – lagi banyak lagi sedap.

300gm udang hidup – direbus dan kisar halus

1 kg ubi keledek merah – direbus dan blender halus

3 sudu gula atau secukup rasa

garam secukup rasa

Sedikit ajinomoto

4 sudu sos tomato

Air – agak-agaklah

1.    Tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili kering dan udang kering yang telah di kisar hingga naik minyak dan berbau wangi.

2.    Masukkan udang hidup yang dikisar dan air rebusannya sekali.

3.    Masukkan keledek yang telah dikisar dan tambahkan air secukupnya. bubuh garam, gula, aji,sos tomato.

4.    Biarkan mendidih dan siap untuk di hidang dan dimakan…..

 

Gulai Tempoyak Ikan Kembung

Bahan-bahan:

Cara memasak:

1 kg ikan kembung (dipotong dua)

1 ikat taugeh kasar

1 cawan tempoyak

1 batang serai 10 biji cili padi

Serbuk kunyit

Garam

1.   Masukkan ikan yang telah dicuci ke dalam periuk bersama cili padi yang telah dikisar dan serai yang telah dititik.

2.   Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya tidak terlalu pekat.

3.   Masukkan serbuk kunyit dan garam

4.   Apabila mendidih, masukkan taugeh. Sedia untuk dihidang.

 

Ayam Golek Seri Pahang 

Bahan-Bahan:

Cara memasak:

1 ekor ayam (dibersihkan)

300 gm bawng merah (dikisar halus)

5 cm halia (dititik)

2 sudu besar rempah kari ayam 2 keping asam gelugur

2 biji kelapa parut (diperah 3 cawan santan)

Garam dan gula secukup rasa

1.    Satukan bawang merah, serai, serbuk kari, garam, gula, asam gelugur dan santan di dalam kuali yang besar, kemudian didihkan perlahan-perlahan di atas api yang kecil selama 20 minit.

2.    Apabila kuah hampir pekat, masukkan ayam dan kacau dari semasa ke semasa sehingga ayam separuh masak.

3.    Angkat ayam kemudian panggang di atas bara api selama 10 minit. Semasa dipanggang, balik-balikkan ayam sambil disiram kuah yang selebihnya.

4.    Bila masak, bolehlah dihias mengikut citarasa tersendiri. hidangkan bersama minuman.

 

Kari Kepala Ikan 

Bahan-bahan:

Cara memasak:

1 kg kepala ikan

50 gm bawang merah

30 gm halia (dikisar)

30 gm bawang putih (dikisar)

50 gm cili kering (dikisar)

50 gm ketumbar

40 gm serbuk jintan putih 30 gm serbuk kaskas

10 gm serbuk lada putih

40 gm serbuk kunyit

1 liter santan kelapa

20 gm garam

10 biji kacang bendi

6 biji terung

1.       Tumiskan bawang, halia dan cili kering. Masukkan pula rempah yang telah dicampurkan dengan sedikit air asam jawa.

2.       Kacau sehingga terbit minyak. Selepas itu masukkan santan, kacau hingga sebati.

3.       Masukkan pula terung dan bendi, tunggu hingga separuh masak.

4.       Setelah hampir masak, masukkan pula garam dan serbuk perasa secukup rasa.