Remaja kreatif ini mendapat tarikan media apabila berjaya menghasilkan video-video yang kreatif. Video pengalihan suara yang dihasilkan oleh Farady Anuar amat menarik, lucu dan tidak bosan apabila kita menontonnya.

Mungkin ramai yang pernah tengok video ini kan?, selain dari kemahiran menyunting video, beliau juga berbakat dalam membuat jalan cerita di dalam sesuatu video tersebut. Idea yang kreatif amat diperlukan untuk menghasilkan video sebegini rupa. Dengan minat dan ketelitian, video beliau mendapat tempat di mata pengguna laman sosial, malah menjadi tarikan media. Jom saksikan video temuramah Farady Anuar atau dikenali sebagai faradyable bersama TV9.