Pusat bowling bertaraf antarabangsa dan panggung wayang akan menjadi tarikan bagi Paya Bunga (PB) Sentral yang terletak bersebelahan PB Square, Kuala Terengganu.

mediakreatif.my
PB Sentral setinggi 10 tingkat yang dalam masih dalam pembinaan tersebut dijangka akan siap akhir Julai ini.
Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Dato’ A Rahman Yahya berkata, pihak PMINT masih dalam perbincangan dengan beberapa pengusaha bagi menempatkan sesiapa yang akan menjalankan operasi di situ kelak.
“Buat masa sekarang, kita sedang menilai pengusaha bowling yang akan menjalankan operasi bagi pusat bowling yang boleh dijadikan sebagai tempat kejohanan bertaraf antarabangsa dan dilengkapi 36 lane ini.
“Manakala bagi panggung wayang pula, kita sedang berunding dengan Lotus Five Star Cinema untuk mengoperasikannya,” katanya ketika ditemui media di pejabatnya di Menara PMINT.
Sehingga minggu lepas, kemajuan pembinaan PB Sentral telah mencapai sehingga 80 peratus.
Sumber -TeganuKita