Kerjaya sebagai juruterbang amat dikagumi, rata-rata antara kita kagum apabila ada di antara adik-beradik, kawan-kawan atau anak-anak mereka yang menjadi juruterbang. Akan tetapi, kerjaya ini tidak semudah yang disangka, risikonya amat tinggi sekali. Kita ditugaskan untuk mengendalikan pesawat dan membawa ratusan nyawa ke destinasi yang dituju. Disiplin dan fokus amat diperlukan dalam pekerjaan ini.  Di Malaysia munkin cabarannya kurang apabila mengendalikan pesawat, tetapi di negara luar seperti di London dan negara-negara lain amatlah sukar untuk mendaratkan sesebuah pesawat. Ini kerana faktor cuaca di Malaysia dan di sana amat berbeza sekali. Jom saksikan video pendaratan pesawat malaysia airlines ini di London.