Muharram, seorang lelaki yang cacat pendengaran, dan ini adalah kejutan khas yang telah dirancang khas oleh Samsung untuk mempromosikan aplikasi panggilan video khas bagi mereka yang cacat pendengaran. Rakaman video ini amat menyentuh hati. Ketika muharram dan kakaknya sedang berjalan di bandar, orang ramai menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi. Hampir kesemuanya berkomunikasi dengan muharram menggunakan bahasa isyarat.

Muharram mula menyedari secara perlahan-lahan bahawa ini bukanlah suatu kebetulan.Semua orang di sekelilingnya adalah cacat pendengaran sehingga membawa dia kepada kejutan yang betul-betul menyentuh hati Muharram sehingga mengalir air mata beliau kerana memberi penghargaan kepada golongan yang cacat pendengaran.

Mungkin adalah sebuah usaha yang nampak kecil di mata masyarakat, namun ia dapat mengubah seluruh isi bumi untuk turut prihatin kepada golongan minoriti seperti mereka.