Jom Minta Resit GST (“Cabutan Bertuah”) ini dianjurkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (“Penganjur”) dan terbuka kepada semua warganegara yang menetap di Malaysia (“Peserta”) berumur 18 tahun ke atas dan bukan kakitangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

text-box

Tempoh Cabutan Bertuah

  1. Cabutan Bertuah akan berlangsung setiap dua bulan bermula dari jam 12.00 pagi, 1 April 2016 sehingga jam 11.59 malam, 30 November 2016.
  2. Penganjur berhak untuk melanjutkan atau menukar tempoh Cabutan Bertuah pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

logo1

Penyerahan Penyertaan dan Kriteria Kelayakan

  1. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang diingini dengan syarat setiap penyertaan mesti disertakan dengan resit/invois asal.
  2. Untuk melayakkan Peserta memenangi hadiah, penyertaan mesti diterima sebelum 11:59 malam pada hari akhir tempoh Cabutan Bertuah. Penyertaan yang diterima selepas 11:59 malam akan dirangkumkan dalam Cabutan Bertuah seterusnya.
  3. Semua penyertaan yang diterima di luar tempoh Cabutan Bertuah akan dibatalkan.
  4. Peserta hendaklah bertanggungjawab dan menanggung liabiliti sepenuhnya jika berlaku sebarang liabiliti, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kehilangan nyawa) kerana mengambil bahagian dalam Cabutan Bertuah ini.
  5. Dengan menyertai Cabutan Bertuah ini, semua Peserta adalah dengan ini dianggap telah menerima dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat Cabutan Bertuah.

Cara Menyertai

  1. Peserta boleh menghantar penyertaan melalui aplikasi mudah alih atau secara atas talian melalui web.
  2. Penyertaan melalui :
    • Laman web myresitgst.com.my, Peserta perlu mengisi maklumat peribadi dan resit/invois dengan lengkap seterusnya memuatnaik gambar resit/invois tersebut bersama borang penyertaan.
    • Aplikasi mudah alih (MyResitGST), Peserta perlu memuat turun aplikasi tersebut dari “Playstore” untuk pengguna Android dan “AppsStore” untuk pengguna IOS. Peserta perlu isikan maklumat resit/invois dengan lengkap dan memuat naik gambar resit/invois tersebut bersama borang penyertaan.
    • Penyertaan yang tidak betul, tidak lengkap, tidak jelas atau tidak disertakan dengan resit/invois pembelian akan dibatalkan dengan serta-merta. SATU (1) resit/invois adalah untuk SATU (1) penyertaan sahaja.
    • Peserta perlu menyimpan resit/invois asal untuk tujuan pengesahan.
      .
      .
      .
      Like Facebook Kami MediaKreatif.my untuk mendapatkan infomasi yang kreatif dan terkini!