Ramai di antara kita tidak tahu dan tidak menyedari akan bahaya dunia alam maya ini. Sering kali kita mendengar berita gambar-gambar yang tak sepatutnya tersebar, sedangkan si mangsa tidak pernah berurusan dengan sesiapa pun. Bagaimana perkara sebegini boleh berlaku? . Kali ini kami akan “bongkar” bagaimana ia dilakukan.

2

Pelbagai perisian yang dibina oleh pengodam untuk mendapatkan maklumat mangsa, samaada maklumat perbadi ataupun sebaliknya. Gambar diatas ialah salah satu software dimana pengodam boleh melihat “webcam” mangsa. Tanpa sedar, kita telah diperhatikan. Mungkin anda pernah melihat lampu webcam anda menyala dengan sendirinya.

Selalunya orang yang menjadi mangsa ni selalu  memuat turun aplikasi dari lamanweb yang tidak tidak selamat. Penggunaan antivirus amat penting bagi pengguna Window, dan bagi pengguna linux atau mac, anda tidak perlu risau. Kebanyakkan program dibina untuk window sahaja.

3Selain dari mendapatkan gambar, si pengodam juga boleh menjejak maklumat kita dengan menggunakan perisian-peisian rahsia. Pengodam boleh melihat apa sahaja yang kita taip. Ini termasuk maklumat peribadi kita. Berhati-hati apabila menggunakan komputer di cyber cafe atau di tempat-tempat awam. Salah satu sasaran pengodam ialah di cyber cafe. Jangan menggunakan komputer di cyber cafe untuk urusan yang penting, seperti urusan bank dan sebagainya.

Cara Mengatasi

– Pertama sekali pastikan anda tidak memuat turun aplikasi atau perisian yang tidak dikenalpasti sumbernya.

– Pasang antivirus di komputer anda, jika perlu beli antivirus tersebut di kedai. Antivirus percuma di internet mungkin mengandungi perangkap.

– Semasa di cyber cafe, jangan menggunakan KEYBOARD untuk login ke akaun peribadi anda, sebaliknya gunakan keyboard on screen. Semua window ada perisian tersebut.

gunakan

Keyboard On Scren

– Dan untuk wanita, pastikan kamera laptop atau kamera “webcam” anda sentiasa ditutup. Tutup lah dengan sticker atau apa sahaja.

20150531204039

Lindungilah diri anda dari manusia-manusia yang tidak bertanggungjawab. Dunia alam maya ini teramatlah bahaya, walaupun kita tidak keluar dari rumah, tetapi risiko nya lebih tinggi jika kita tidak berhati-hati.