Seorang bapa bertanggungjawab mencari rezeki untuk keluarga. Keluar pagi, adakala pulang petang, adakala terpaksa pulang lewat malam. Kepulangan seorang bapa di rumah sering di nanti oleh seisi keluarga.

Penulis masih ingat di waktu kecil, saya seronok melompat-lompat apabila ayah pulang ke rumah. Apatah lagi jika ayah pulang dengan membeli makanan, kuih-muih atau buah-buahan. Siap menjerit “Yeye.. Ayah dah balik! Ayah dah balik!”

Perasaan seperti ini juga dirasai oleh bayi yang masih kecil. Mereka ternanti-nanti seorang ayah datang memeluk dan dukung mereka tinggi-tinggi. Mereka rasa yakin, bersemangat, rasa dilindungi dan penuh kasih sayang.

Saksikan video ini untuk melihat dan merasai sendiri: