Keadaan banjir tidak menampakkan tanda-tanda reda sehingga menyaksikan 90,250 penduduk di Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak dan Perlis terpaksa berpindah, jumlah yang amat besar dalam sejarah bencana banjir di negara ini.

Kelantan mencatat jumlah mangsa banjir paling tinggi melibatkan 32,343 orang, diikuti Terengganu (28,991), Pahang (24,316), Perak (4,335) dan Perlis (265).

Di TERENGGANU, 28,991 mangsa daripada 6,975 keluarga kini berada di 124 pusat pemindahan setakat pagi ini, dengan Kemaman daerah paling teruk terjejas dengan 19,405 mangsa daripada 6,975 keluarga.

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir di Pahang yang membabitkan lapan daerah bertambah 8,372 orang kepada 24,316 orang pagi ini berbanding 15,944 orang daripada 4,015 keluarga malam tadi.

Di Maran, 2,744 mangsa ditempatkan di 17 pusat pemindahan diikuti Jerantut (2,478/34 pusat), Lipis (2,319/26 pusat), Pekan (1,402/18 pusat), Temerloh (649/15 pusat), Rompin (265/empat pusat) dan Bera (109/empat pusat).

Di PERAK, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di tiga daerah iaitu Kuala Kangsar, Hulu Perak dan Perak Tengah meningkat kepada 4,335 orang daripada 1,079 keluarga.

Di PERLIS, keadaan banjir di utara Perlis masih bertahan namun jumlah yang dipindahkan meningkat berbanding malam tadi.

– BERNAMA

Dibawah ini kami sediakan gambar dan video keadaan banjir di pantai timur. Diharapkan  semua mangsa mampu menghadapi ujian Allah ini,  doakan keselamatan mereka semua.

10882284_809202209154418_8066494871282439243_n 10888800_809202295821076_6049355767420246249_n kota bru 10304644_809012842506688_5269884436778545407_n 10868168_808427082565264_4059330265491175429_n 10888571_809012865840019_3289782574051444319_n masjid bukit mentok

 

Saksikan video ini pada minit ke 4:48 , kelihatan air begitu deras, beberapa mangsa hampir hanyut dan hampir dilarikan air yang begitu deras… “Allahu Akbar ! Allahu Akhbar !” …itulah laungan tanpa henti mangsa banjir ini.. sama-sama kita berdoa untuk mereka.. semoga semua mangsa selamat dan tabah menghadapi ujian dari-Nya.