Zaman ‘dunia di hujung jari’ ini pelbagai benda kita boleh teroka. Maklumat dari seluruh dunia kita boleh dapat dan sebar. Ada keburukan dan ada kebaikannya, jika sebelum ini kita membincangkan tentang ‘FITNAH’ di media sosial, pada hari ini kami ingin berkongsi tentang apa yang akan terjadi pada facebook kita selepas kita tiada di dunia ini. Apabila kita meninggal, mungkin ramai yang menjenguk kembali profile kita, ada yang sedekahkan al-fatihah, ada yang melihat gambar-gambar untuk mengenangkan kembali peristiwa bersama, ada yang baca status atau post lama anda dan macam-macam lagi. Tapi tahukah anda perkara sebegini kadang kala boleh mencampakkan anda ke dalam api neraka?, bagaimana? . Salah satunya dari gambar anda, adakah gambar yang lepas-lepas itu menutup aurat?, jika anda meninggal dunia siapa yang boleh delete gambar itu? bukankah hanya anda seorang sahaja yang tahu password facebook anda?. Kedua ialah status atau post anda yang lepas. Apa yang anda post?, adakah ia satu ilmu berguna? atau gosip semata-mata? mengumpat sana sini?, mengata orang, mencanang dan sebagainya?.

Video ini menerangkan tentang apa terjadi pada facebook kita selepas kita mati. Mungkin ramai yang sedar, dan mungkin ramai lagi yang belum menyedarinya. Anak muda remaja terlalu teruja menggunakan media sosial ini, bebas berkata-kata di dunia alam maya. Fitnah menjadi mainan dikalangan mereka. Jika di usia muda Allah menjemput kita, sempatkah kita memadam balik fitnah-fitnah yang disebarkan? sempatkah kita memadam gambar-gambar kita yang tidak menutup aurat?.

Pada tahun 2012, seorang hamba Allah telah kembali ke rahmatullah. Dipercayai Arwah mengalami kemalangan jalan raya. Pada suatu malam, ibunya bermimpi akan anaknya, merayu supaya gambarnya di facebook dibuang.

” Ibu kepada adik Nur Farrahin yang baru meninggal dunia pada 28 Mac 2012 yang lalu akibat kemalangan jalan raya merayu pada sesiapa yang mempunyai kepakaran dalam mengodam akaun Facebook supaya dapat menutup akaun Facebook anaknya. Khabarnya ibu arwah telah bermimpi yang roh arwah tidak tenang di sana kerana banyak gambar-gambar yang dimuatnaik dalam akaun Facebooknya tidak menutup aurat…

Ini akaun Facebooknya..KLIK SINI..Kepada sesiapa yang mempunyai kepakaran untuk godam akaun Facebooknya..silalah berbuat demikian agar rohnya akan tenang disana”  (dipetik dari blog orang ramai)
alhamdulillah… facebook arwah telah dipadam. Jadikan pengajaran kepada kita semua, tidak kita lelaki atau perempuan, gunakan media sosial untuk kebaikan, sebarkan ilmu pengetahuan, walau sepotong ayat kita kongsi insyaAllah besar ganjarannya.