Pernahkah anda mengimpikan sebuah percutian dengan penginapan yang lain dari yang lain? Tetapi apa yang anda bayangkan

cuma berada diluar negara.. Namun kini impian anda telah menjadi kenyataan dengan adanya beberapa destinasi didalam Malaysia

yang mempunyai hotel-hotel yang unik dan menarik untuk kita kunjungi. Berikut antara beberapa tempat yang sempat kami

survey termasuk harga untuk 1malam. Selamat bercuti!!

Hotel Pelantar Minyak (Sipadan)

11111

Seaventures Dive Resort ialah hotel pertama yang dibina di atas sebuah pelantar minyak yang diubah suai. Ia terletak di perairan kepulauan Sipadan dan juga merangkap sebagai platform untuk peminat aktiviti skuba. Harga bermula dari RM118 semalam.

Seaventures-Rig-1

Pakej 4 hari dengan trip menyelam dari RM 2730

Cuti sekolah dah dekat, kepada sesiapa yang ingin bercuti tapi inginkan kelainan boleh la cuba tempat-tempat ini. Pasti menarik!!

Seaventures-Dive-Resort-15-537x357

Time Capsule Retreat (Sg.Lembing, Pahang)

hotel tiub 2

Time Capsule Retreat ialah hotel mini dengan 8 buah bilik hotel yang dibina di dalam kolong konkrit. Setiap bilik dilengkapi sistem penghawa dingin bagi memastikan keselesaan anda. Tandas dan bilik mandi dikongsi bersama dan kos penginapan bermula dari RM 99 semalam.

hotel tiub

Terdapat pelbagai aktiviti menarik ada di sini termasuklah  kenderaan ATV, air terjun, Jungle Trekking, Muzium Perlombongan, aktiviti merentasi sungai yang jernih yang boleh dirancang mengikut masa anda sendiri. Terdapat juga aktiviti BBQ di sini yang mengenakan caj sebanyak RM26 seorang.

Bustel (Pantai Klebang, Melaka)

bustel

Hasil kreativiti pemilik mewujudkan hotel daripada bas-bas terpakai di negeri Melaka. Bas sudah diubahsuai dengan cantik. Ada katil dan bilik air sama seperti hotel biasa. Bezanya, ianya adalah bas sebenar! Kemudahan bilik air juga dibuat daripada bas terpakai. Kos sekali masuk ialah 30 sen seorang. Harga bilik bermula daripada RM80 semalam.

 bustel4

Jika anda ingin mengimbau zaman nostalgia berhimpit-himpit naik bas semasa zaman remaja ke bandar, hotel bas ini memang sesuai. Di Bustel Melaka, katil, bilik mandi dan tandas semua di dalam bas. Untuk makan, anda turun dari bas anda, dan jalan kaki masuk ke bas lain yang menempatkan kafe makan.

Hotel Kapal Selam (Pantai Klebang, Melaka)

kapal-selam2

Teringin untuk merasa pengalaman dalam kapal selam tapi anda bukan tentera laut. Janga risau kali ini bukan setakat masuk sahaja malah anda siap boeh tidur di dalam kepal selam ini di mana kapal selam yang merupakan muzium menyediakan pakej penginapan  untuk pelancong. Pakej bermalam turut disertakan dengan kadar harga RM150 seorang.

Tubebotel (Langkawi)

tubotel

Tubotel adalah sebuah Hotel bajet di Langkawi dengan pemandangan tepi laut yang cantik dan indah.
Hotel ini telah dibina dari paip perbentungan bawah tanah yang terbengkalai tidak siap dan telah dibeli oleh pemilik hotel ini untuk dijadikan hotel. Ada pengunjung yang mengatakan permandangan matahari jatuh dari bilik hotel ini adalah yang terbaik di Langkawi.

bustel3

Harga bermula dari RM100 tidak termasuk sarapan.

tubotel-langkawi_140920120837465550

Container Hotel (Kuala Lumpur)

container 2

Ingat kerja kontrak saja boleh tidur dalam kontena? Anda pun boleh tapi kena bayar la. Hotel ini diilhamkan menggunakan kontena lama yang telah diubah menjadi hotel yang amat menarik dan unik. Harga bermula dari RM56 semalam

Hotel ini terletak di dua lokasi iaitu di KLIA 2 dan di  No. 1, Jalan Delima, Kuala Lumpur

container-hotel

Tanah Aina Eco Tourism Resort

tanah-aina

Ingin percutian yang lebih eco-friendly? Tanah Aina merupakan antara yang unik dan menyediakan tempat tidur dalam khemah tetapi diwaktu yang sama menyediakan aksesori mewah seperti hotel bertaraf 5 bintang. Terdapat di 4 lokasi :

1. Tanah Aina Farrah Soraya in Bentong, Pahang, Malaysia.

2. Tanah Aina Farhana in Desaru, Johor, Malaysia

3. Tanah Aina Fareena in Lentang, Karak, Pahang, Malaysia

4. Tanah Aina Farouq in Raub, Pahang, Malaysia.

Info lanjut : TanahAina.com

httpv://www.youtube.com/watch?v=ieL8zrVIJK8

Cuti sekolah dah dekat. Boleh la mula rancang percutian anda di salah satu tempat ni. Selamat Bercuti!!