Animasi merupakan gambar bergerak berbentuk objek yang disusun mengikut urutan garis masa yang ditentukan. Gambar atau objek yang dimaksudkan di dalam definisi diatas adalah seperti manusia, haiwan, dan juga tulisan. Dalam proses membuat animasi, animator perlu berfikir secara logik untuk menyusun dan menggerakkan objek dari awal hingga ke akhirnya. Susunan dan pergerakan yang baik akan menghasilkan satu animasi yang berkualiti.

  Untuk anda yang sedang mencari aplikasi untuk membuat animasi yang mudah untuk dimuat turun ke laptop atau pc anda? Anda sangat beruntung kerana saya akan menyediakan 5 aplikasi yang mudah untuk anda membuat animasi.

BERIKUT ADALAH 5 APLIKASI ANIMASI TERBAIK

1) Synfig Studio (Windows, linux & MacOS X)

synfig studio

Synfig Studio merupakan aplikasi open source untuk membuat animasi 2D. Ianya digunakan dalam industri untuk membuat filem animasi 2D yang dihasilkan dengan menggunakan gambar atau objek melalui bitmap dan vektor. Dengan kesan-kesan khas yang ada didalam Synfig Studio ianya akan menjadikan filem animasi anda lebih berkualiti tinggi.

2) Blender (Windows, Linux & MaxOS X)

Schermafbeelding 2014-01-27 om 16.55.17

Blender merupakan salah satu software terbaik untuk membuat animasi khususnya untuk membuat grafik 3D. Aplikasi ini dapat membuat objek 3D, animasi 3D dan permain 3D tidak kira melalui apa jua platform.

3) Anime Studio (Windows & Mac)

anime-studio-pro-

 Anime Studio merupakan salah satu software terbaik dalam pembuatan animasi kerana ianya terdapat banyak filter dan kesan khas yang tersedia. Ianya amat sesuai bagi penggemar membuat latar belakang animasi, karakter, suara dan lain-lain lagi.  Anime Studio menyedikan banyak filter dan contents animasi pre loaded dan ianya akan membuatkan anda lebih mudah untuk menghasilkan animasi yang terbaik.

4) AnimatorDV big-screen

AnimatorDV adalah sofware animasi yang membantu pengguna membuat filem animasi dengan mudah. Anda boleh memuat turun AnimatorDV secara mudah di website rasminya.

5) Pivot Stickfigure Animator

pivot_stickfigure_animator-29315-1

Pivot Stickfigure Animator merupakan aplikasi animasi yang sangat bagus yang dapat dimuat turun di internet secara mudah. Pivot Stickfigure Animator merupakan perisian animasi sederhana yang membekalkan pelbagai kesan khas untuk anda menghasilkan animasi yang berkualiti.

 

Itulah antara perisian-perisian mudah untuk anda menghasilkan filem animasi yang berkualiti. Harap info-info yang diberikan dapat membantu anda dan selamat mencuba.. ^_<y