Bila anda dah lama tak update resume anda, memang susah sikit mana nak mula. Apa cara buat resume yang paling baik tahun 2016 ni?

Apa pengalaman dan kejayaan yang patut anda masukkan untuk tawaran kerja yang anda nak tu?

Apa peraturan baharu resume dan tren yang patut anda ikuti?

Dan seriously, satu muka surat ataupun dua?

Well, tak payahlah anda nak cari lagi: kami telah mengumpulkan semua nasihat resume yang anda perlukan di dalam satu tempat.

Teruskan membaca untuk tip-tip dan trik untuk memastikan anda merangka resume yang hebat – dan mendapatkan kerja untuk anda.

 

Cara Menceritakan Kisah Anda

  1. Jangan Letakkan Semua Dalam Tu!

Resume anda tidak patut ada semua pengalaman kerja anda.

Cuba fikir yang resume tu bukan sebagai senarai lengkap sejarah kerja, tetapi sebagai dokumen pemasaran untuk menjual diri sebagai orang yang sesuai untuk mendapatkan kerja tersebut.

Untuk setiap resume yang anda hantar, anda nak highlight hanya pencapaian dan skil yang relevan dengan kerja tersebut (walaupun itu bermakna anda tidak memasukkan semua pengalaman anda).

  1. Tapi Pastikan Ada Senarai Semua Kerja Anda

Dah disebabkan anda akan mengeluarkan dan memasukkan maklumat di dalam dan luar bergantung kepada kerja yang andaapply tu, pastikan anda ada menyimpan resume yang mempunyai semua kerja, bullet points yang anda gunakan, projek istimewa yang kadang-kadang patut dimasukkan dan segala-galanya yang pernah anda buat.

Jadi bila anda perlu buat resume yang spesifik, anda hanya perlucopy and paste maklumat berkaitan sahaja.

Fikirkan master resume ini sebagai fail untuk anda berlagak ?

  1. Letakkan Benda Paling Power “Above the Fold

Di dalam bahasa pemasaran, “above the fold” bermakna apa yang anda nampak di bahagian atas sesuatu surat khabar (ataupun di dalam laman web, perkara pertama yang anda nampak sebelum skrol ke bawah). Pendek cerita, ianya first impression yang boleh anda berikan kepada mereka bila nampak dokumen tersebut.

Dalam bahasa resume pula, ini bermakna anda kena pastikan pengalaman dan kejayaan anda yang paling bagus perlulah ada di bahagian paling atas resume anda. Seksyen teratas inilah yang akan pihak HR nampak dahulu – dan akan menjadi pancing untuk sesiapa pun untuk terus membaca.

Jadi fokuskan untuk meletakkan pengalaman yang paling bagus, dan paling relevan dahulu – dan kemudiannya gunakan 5 tip pemasaran ini untuk memastikan resume anda mendapat perhatian orang yang sepatutnya.

  1. Buang Je Penyataan Objektif Tu!

Seksyen objektif patut ada hanya apabila anda membuat perubahan kerjaya yang besar dan perlu terangkan daripada aawal kepada pengalaman anda tidak serupa dengan posisi yang anda pinta tu. Selain daripada tu? Cuba buat ayat rumusan yang terbaik untuk anda – ataupun buang sahaja untuk menjimatkan ruang dan fokuskan kepada membuatkan resume anda hebat.

  1. Pastikan Senarai Itu Dalam Kronologi Terbalik

Terdapat banyak cara untuk menguruskan maklumat di dalam resume anda tetapi cara dahulu kala tu masih lagi boleh diguna pakai: Kronologi Terbalik (pengalaman terkini disenaraikan dahulu).

Kecuali kalau ianya betul-betul perlu, elakkan je resume berdasarkan skil. HR mungkin tertanya-tanya kenapa anda tak buat ikut kronologi je.

  1. Buat Satu Muka Surat Je

Resume dua muka surat ataupun lebih ialah topik yang menjadi pendebatan hangat tetapi yang penting ialah ini – anda perlukan maklumat di situ dengan tepat, dan jadikan resume anda satu muka surat ialah cara yang bagus untuk paksa diri anda menulis dengan ringkas.

Jika anda betul-betul mempunyai pengalaman yang relevan dan penting, termasuk juga latihan yang anda buat dan credentials pun ada juga, barulah buat lebih daripada satu muka surat.

Tapi kalau anda boleh ceritakan dengan ruangan yang lebih kecil? Sila ceritakan dengan lebih ringkas, ya?

  1. Gunakan Bahan Tambahan Online

Tak tahu macam mana nak ceritakan semua kisah anda dalam satu muka surat? Tak tahu nak letakkan contoh visual kerja anda?

Daripada letakkan semuanya dalam resume, letakkan perkara paling penting dalam dokumen tu, kemudian letakkan link ke laman web peribadi anda di mana anda boleh beritakan dengan lebih lanjut kenapa anda adalah calon yang ideal.

Susunan

  1. Keep it Simple

Nak kreatif dalam resume? Tu kita cakap nanti ya. Tapi prinsip paling asas dalam susunan dan olahan resume? Mudahkannya.

Gunakan fon yang asas tetapi moden, seperti Helvetica, Arial ataupun Century Gothic.

Pastikan resume anda senang dibaca oleh pihak HR dengan menggunakan fon bersaiz antara 10 dan 12 dan pastikan ada ruangan kosong (white space) di dalamnya.

Anda boleh menggunakan fon atau typeface yang lain untuk nama, header resume dan syarikat yang pernah mendapat khidmat anda, tapi pastikan keep it simple dan pastikan ianya konsisten.

Fokus anda di sini ialah untuk memastikan HR senang membaca. Tapi, walaupun saya cakap macam tu, anda boleh…

  1. Cuba Menonjol (Dengan Berhati-hati)

Nak resume anda betul menonjol di dalam lautan Times New Roman? Ya, resume kreatif seperti infografik, video dan presentation– ataupun resume dengan ikon atau grafik boleh menonjolkan diri anda, tapi anda patut gunakannya dengan berhati-hati.

Jika anda memohon kerja melalui system, pastikan anda menggunakan formatting yang standard supaya komputer boleh membacanya dengan efektif.

Jika anda memohon kepada syarikat tradisional, jangan gila-gila sangat, tapi boleh letakkan elemen reka bentuk menarik ataupun warna yang menarik untuk tonjolkan.

Walau apa pun, jangan buat kecuali kalau anda nak letakkan masa, kreativiti dan reka bentuk untuk menjadikannya hebat ataupun ambil pertolongan daripada professional.

  1. Pastikan Cara Menghubungi Anda Jelas

Anda tak perlu letakkan sekali alamat anda dalam resume lagi (betul!).

Tapi anda kena pastikan anda memasukkan nombor telefon dan alamat emel yang professional (bukan emel kerja sekarang, ya?) dan juga tempat lain di mana pihak HR boleh cari anda di Internet seperti profil LinkedIn ataupun Twitter anda. Sebagai contoh, anda boleh mencari saya di Copygrammer.

(Saya cakap ini dengan andaian bahawa profil media sosial anda sesuai untuk bacaan bakal majikan).

11. Reka Resume Anda Untuk Imbasan Sekali Lalu

Anda pernah dengar sebelum ni yang pengurus HR tidak mengambil masa yang lama pada setiap resume. Jadi lagi baik kalau anda tolong mereka dapatkan maklumat tentang diri anda sebanyak yang mungkin dalam masa yang sedikit.

12. Dapatkan Bantuan Profesional

Kalau anda rasa skil mereka bentuk bukanlah satu kekuatan untuk diri anda tapi nak resume anda nampak gah? Tak salah kalau anda dapatkan bantuan. Jadi mungkin anda boleh fikir untuk bekerja dengan pereka resume yang profesional.

Ini tak dapat disangkal lagi dokumen paling penting dalam mencari pekerjaan jadi memang patutlah anda buat resume anda betul-betul!

Pengalaman Kerja

13. Pastikan Ianya Baru, Dan Pastikan Ianya Relevan

Satu perkara yang perlu anda tahu ialah, anda hanya perlu tunjukkan pengalaman 10-15 tahun pekerjaan anda dan masukkan pengalaman yang relevan dengan posisi yang anda ambil tu. Dan ingatlah untuk meletakkan pengalaman tu mengikut kepentingan (ingat lagi kan saya ada cakap pasal reverse chronology di atas?) Kalau ada pilihan meletakkan satu lagi latihan industri kolej ataupun lebih terperinci tentang kerja anda sekarang, pilihlah pengalaman kerja tu. (Kecuali kalau kerja anda sebelum ini lebih relevan daripada sekarang).

Kalau anda dah tahu buat resume yang awesome, anda kena tahu tips temuduga ini.

 

 

Leave a reply

 

Your email address will not be published.